Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA)

• Telah ditubuhkan pada tarikh 14 Jun 1980 oleh sekumpulan kakitangan FELDA dengan tujuan meningkatkan kepentingan ekonomi Anggotanya serta dapat membantu dari segi kebajikan dan masalah kewangan. Sehingga kini Koperasi Pekerja Felda Malaysia berhad (KOGUNA) terus berkembang maju dengan mempunyai jumlah keanggotaannya melebihi sehingga 6,000 Anggota di seluruh Malaysia dengan Modal Syer Terkumpul melebihi RM 22 juta.
• Pencapaian KOGUNA terus meningkat dan diiktiraf menjadi koperasi terbaik di kedudukan ke 36 diantara 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2018 yang telah disampaikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Pada tarikh 27/02/2019, ANGKASA melalui Bahagian Pengurusan & Pembangunan Syariah telah mengiktiraf serta menganugerahkan sijil kepada Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) sebagai sebuah Koperasi Patuh Syariah.
• KOGUNA juga telah merubah corak perniagaan melalui perniagaan Francais dimana pada tarikh 1 Mei 2022, KOGUNA telah membuka satu perniagaan Francais iaitu Boat Noodle yang beralamat di No 33-G, Jln Seri Putra 1/10, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
• Pada 1 Ogos 2022, Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad KOGUNA dengan secara rasmi telah beroperasi penuh di alamat Aras 12.2, Menara Felda, Platinum Park, No 11. Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur.

Moto

• "Bersatu Berjimat"

Misi

• Untuk menjadi Koperasi terkemuka dengan pertumbuhan perniagaan yang terbaik di Malaysia

Visi

• KOGUNA akan terus meningkatkan sosio-ekonomi anggota dengan menyediakan penyelesaian kewangan selaras dengan nilai-nilai dan prinsip koperasi. Usaha proaktif mempelbagaikan aktiviti pelaburan dan perniagaan adalah kunci untuk menjadi koperasi yang cemerlang di negara. KOGUNA komited dan sentiasa memelihara kecemerlangannya sebagai sebuah organisasi yang dinamik dengan amalan keusahawanan, kebijaksanaan dan integriti yang sangat baik dan terus bercita-cita untuk pengembangan perniagaan melalui kerjasama, perpaduan dan profesionalisme di kalangan Anggota dalam semua cabaran bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah.

Piagam Pelanggan

• Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota–anggotanya mengikut prinsip – prinsip koperasi.
• Menjalankan aktiviti Pinjaman, Perladangan, Perkilangan, Perumahan, Pengguna, Pengangkutan, Perlombongan dan Perlancongan.
• Meningkatkan kemudahan pinjaman kepada anggota-anggota berdasarkan kepada kemampuan dan kepenggunaan.
• Meningkatkan program pendidikan dan latihan kemahiran pengurusan dan perniagaan kepada Anggota.
• Menyalurkan sumbangan / bantuan kebajikan yang bersesuaian kepada Anggota dan keluarga Anggota menerusi Insuran yang telah disertai.
• Memberikan kerjasama baik dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta lain-lain agensi yang menjadi pelanggan dengan KOGUNA.
• Berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pulangan dan keuntungan dari perniagaan yang dijalankan kepada Anggota menerusi Dividen, Bonus dan lain-lain khidmat dari masa ke semasa.
qrkoguna.png
Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) Aras 12.2, Menara Felda, Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 - 9212 7990 | No. Faks: 03 - 9212 7992 | Emel : koguna@felda.net.my

Mengenai Kami |  Perkhidmatan |  Peta Lokasi
Hak Cipta Terpelihara 2022 © KOGUNA | Rekaan & Ilustrasi Oleh : Koguna Graphic Crew
Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.
Pautan Kerjasama Kumpulan
felda denali. denali. denali. denali. denali. denali.