Pembiayaan Insuran dan Cukai Jalan
Produk ini dikeluarkan bagi memudahkan serta membantu Anggota KOGUNA untuk memperbaharui Cukai Jalan dan Insuran Kenderaan dengan harga secara jualan tangguh selama 12 Bulan. Insuran yang disediakan oleh KOGUNA adalah Insuran Etiqa Takaful Berhad.
Syarat Pembiayaan
Syarat-syarat bagi membolehkan Anggota membuat pembiayaan Insuran Kenderaan Bermotor dan Cukai Jalan ialah:
- Telah mendaftar menjadi Anggota KOGUNA serta telah mempunyai syer minimum sebanyak RM500.00.
- Anggota masih layak memotong gaji seperti yang dibenarkan oleh FELDA dan anak syarikat kumpulan FELDA
- Memerlukan 2 saksi / penjamin yang merupakan Anggota KOGUNA yang masih aktif.
Proses Permohonan
- Semasa melakukan permohonan, Anggota mestilah mematuhi syarat berikut:
- 1 x salinan slip gaji terkini (sebulan) pemohon berserta cop pengesahan.
- 1 x salinan kad pengenalan pemohon berserta cop pengesahan.
- 1 x salinan kad pengenalan setiap saksi / penjamin berserta cop pengesahan.
- 1 x Salinan Lesen Memandu yang sah pemilik kenderaan / penama
- 1 x Polisi insurans / takaful yang asal
- 1 x Geran kenderaan
- Had Pembiayaan adalah tertakluk kepada premium insuran dan cukai jalan.
Caj Perkhidmatan dan Wang Proses
- Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 10%.
- Wang Proses adalah sebanyak RM 20.00
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh pembayaran balik adalah dua belas (12) bulan dengan keuntungan pembiayaan sebanyak 6%.
Sila Klik Muat Turun Borang