Pembiayaan Tunai (Tawarruq)

Pembiayaan Tunai atau disebut sebagai Tawarruq ditawarkan kepada Anggota KOGUNA untuk yang memerlukan wang tunai dengan harga secara jualan tangguh maksimum sehingga 84 bulan.

Syarat Pembiayaan

Syarat - Syarat bagi membolehkan Anggota memohon Pembiayaan Tawarruq adalah :

  • Telah mendaftar menjadi Anggota KOGUNA serta telah mempunyai syer minimum sebanyak RM500.00.
  • Anggota masih layak memotong gaji seperti yang dibenarkan oleh FELDA dan anak syarikat kumpulan FELDA.
  • Pembiayaan semula (bertindih) hanya layak selepas Anggota membayar ansuran 2 tahun atau sekurang – kurangnya 1 tahun setengah.
  • Memerlukan 4 saksi / penjamin.
  • Jumlah semua pembelian barangan tidak melebihi RM 30,000.00 dan mengikut kelayakan yuran / saham terkumpul.
  • Semasa melakukan permohonan, Anggota mestilah mematuhi syarat berikut:-
    •       1 x salinan slip gaji terkini (sebulan) pemohon berserta cop pengesahan.
    •       1 x salinan kad pengenalan pemohon berserta cop pengesahan.
    •       1 x salinan kad pengenalan setiap saksi / penjamin berserta cop pengesahan.
  • Jumlah pengiraan kelayakan Pembiayaan Tawarruq adalah 5 kali ganda dari jumlah yuran terkumpul Anggota itu sendiri dengan jumlah maksimum pembiayaan adalah RM30,000.00 (tidak termasuk keuntungan) sahaja.

Wang Proses

Wang Proses yang dikenakan adalah sebanyak RM 40.00

Caj Perkhidmatan Bagi Pembiayaan Bertindih 3%

Caj Perkhidmatan pula dikenakan sebanyak 3% daripada Baki Pembiayaan setelah pelarasan dibuat bagi Anggota yang membuat pembiayaan bertindih.

Keuntungan Jualan 6.5%

Keuntungan jualan 6.5% pula dikira mengikut jumlah jualan tangguh pertahun yang dipohon oleh Anggota termasuk dengan keuntungan awal. Kemudahan ansuran Pembiayaan Tawarruq yang disediakan oleh Koperasi boleh dipohon Anggota, minimum selama setahun (1) dan maksimum selama lima (7) tahun.

Sila Klik Muat Turun Borang